Apa yang terjadi adalah gigi susu tidak tanggal/jatuh pada waktunya (6-7 tahun). Akar gigi susu tidak mengalami proses penyerapan (root absorbtion) dan gigi kekal tumbuh diluar arkus gigi (dental arch).Banyak sebab mengapa hal ini terjadi, tetapi paling sering dikaitan dengan trauma/jatuh ketika usia dibawah 3 tahun yang meyebabkan posisi benih gigi kekal berubah ketika proses pembentukan gigi.
Nak buat macamana?
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dapatkan rawatan cabutan untuk gigi susu tersebut. Setelah dicabut, biasanya doktor pergigian akan memantau pergerakan gigi kekal selama 6 bulan.
Proses pertumbuhan rahang dibantu oleh tekanan otot lidah dan otot bibir yang baik biasanya mampu memandu gigi tersebut masuk ke dalam arkus gigi.
Sekiranya, perkara tersebut tidak terjadi, ibu bapa boleh berbincang dengan doktor pergigian untuk mendapatkan rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment