Thursday, January 28, 2016

"3 TIPS BERSIHKAN GIGI SAMPAI KE CELAH2 GIGI"

Salah satu tempat berkumpulnya kuman dan bakteria paling banyak ialah mulut. Hal ini kerana, hampir setiap hari mulut kita dimasuki makanan yang kemungkinan terdedah dengan kuman dan bakteria. Penjagaan gigi sudah menjadi rutin harian setiap orang dan sekiranya kebersihan mulut dan gigi tidak dijaga dengan betul boleh menyebabkan banyak masalah berkaitan dengan mulut dan secara tidak langsung terdedah kepada masalah kesihatan tubuh badan.

Walaupun, penjagaan gigi atau memberus gigi sudah menjadi rutin setiap hari, tapi masih ramai tidak tahu samaada cara dan teknik penjagaan itu betul atau tidak. Membersih gigi bukan sekadar memberus permukaan gigi sebaliknya celah-celah gigi juga perlu di


bersihkan sebaiknya. Dibawah adalah sedikit tips dan perkongsian beberapa cara untuk tingkatkakn kebersihan mulut.

1.Memilih berus gigi yang sesuai.

Pemilihan berus gigi yang sesuai penting bukan saja  untuk kebersihan mulut,malah untuk mengelakkan kerosakan pada struktur mulut,contohnya gusi. Sebaiknya, pilih berus gigi yang berusnya lembut dan halus supaya dapat memberus di celah-celah gigi. Sekiranya berus gigi anda jenis yang 'hard' ,berus kemungkinan besar tidak dapat membersih di celah gigi dan juga boleh meningkatkan risiko hakisan gusi.

2.Guna benang gigi atau dental floss

Kebanyakan orang menggunakan pencungkil gigi untuk mencuci celah gigi, sebenarnya itu cara yang salah..malah ianya boleh merosakkan gigi anda. Cara yang terbaik untuk mencuci celah gigi ialah dengan menggunakan dental floss.

3.Ubat kumur

Ubat kumur hanya digunakan sebagai bantuan sahaja bukan komponen utama pembersihan gigi. Maksudnya, kita tidak boleh hanya berkumur sahaja tanpa memberus gigi kerana sisa makan yang melekat di gigi tidak akan tertanggal dengan hanya berkumur. Ubat kumur hanyaa untuk mengurangkan kuman dan bakteria dalam mulut anda.

Itu beberapa cara agar anda dapat membersihkan gigi anda seoptimum mungkin. Jangan lupa untuk amalkan setiap hari sebab mulut dan gigi akan terdedah kepada masalah sebab disitulah kuman dan bakteria cepat membiak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.


GIGI ANAK SAYA BERLAPIS MACAM NI? KENAPA? APA PERLU SAYA BUAT?




Apa yang terjadi adalah gigi susu tidak tanggal/jatuh pada waktunya (6-7 tahun). Akar gigi susu tidak mengalami proses penyerapan (root absorbtion) dan gigi kekal tumbuh diluar arkus gigi (dental arch).

Banyak sebab mengapa hal ini terjadi, tetapi paling sering dikaitan dengan trauma/jatuh ketika usia dibawah 3 tahun yang meyebabkan posisi benih gigi kekal berubah ketika proses pembentukan gigi.

Nak buat macamana?

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dapatkan rawatan cabutan untuk gigi susu tersebut. Setelah dicabut, biasanya doktor pergigian akan memantau pergerakan gigi kekal selama 6 bulan.

Proses pertumbuhan rahang dibantu oleh tekanan otot lidah dan otot bibir yang baik biasanya mampu memandu gigi tersebut masuk ke dalam arkus gigi.

Sekiranya, perkara tersebut tidak terjadi, ibu bapa boleh berbincang dengan doktor pergigian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sunday, January 24, 2016

KETAHUI 4 SEBAB GIGI NAMPAK KEKUNINGAN


Selain memiliki wajah yang tampan dan cantik, anda mungkin rasa lebih confident dengan diri sendiri sekiranya memiliki senyuman yang manis apatah lagi gigi putih berseri.

Tapi, sekiranya gigi anda nampak kekuningan, ianya menjadi masalah utk anda malahan boleh menghilangkan confident diri anda.

Banyak sebab yang boleh menyebabkan gigi kekuningan. Salah satu penyebabnya ialah dari segi pengambilan makanan dan minuman.

 Kami akan share beberapa makanan dan minuman yang dapat membuat gigi anda berubah warna kekuningan.

1.Soft Drink.
Soft drink atau juga dikenali air gas/tin merupakan minuman bersoda, nikmat dan digemari ramai orang, tapi di sebalik rasanya yang nikmat, ia juga boleh merosakkan gigi dan membuat gigi kuning.Kandungan gula yang sangat tinggi boleh mempengaruhi keasidan pada gigi malahan boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah dan berisiko untuk mendapat Diabetes/Kencing manis.

2.Kopi
Kopi juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Kandungan Kafein di dalam kopi boleh melekat pada gigi dan meninggalkan kesan kekuningan pada gigi anda.

3.Teh
Kesan teh kepada gigi sama dengan kesan kopi terhadap gigi. Kurangkan atau hindari teh dan kopi boleh menjaga gigi anda tetap putih.

4. Kari dan Makanan Berkunyit
Kari merupakan jenis makanan yang mengandungi aneka rempah yang berpotensi menyebabkan gigi anda kekuningan.