Walaupun, penjagaan gigi atau memberus gigi sudah menjadi rutin setiap hari, tapi masih ramai tidak tahu samaada cara dan teknik penjagaan itu betul atau tidak. Membersih gigi bukan sekadar memberus permukaan gigi sebaliknya celah-celah gigi juga perlu di
bersihkan sebaiknya. Dibawah adalah sedikit tips dan perkongsian beberapa cara untuk tingkatkakn kebersihan mulut.
1.Memilih berus gigi yang sesuai.
Pemilihan berus gigi yang sesuai penting bukan saja untuk kebersihan mulut,malah untuk mengelakkan kerosakan pada struktur mulut,contohnya gusi. Sebaiknya, pilih berus gigi yang berusnya lembut dan halus supaya dapat memberus di celah-celah gigi. Sekiranya berus gigi anda jenis yang 'hard' ,berus kemungkinan besar tidak dapat membersih di celah gigi dan juga boleh meningkatkan risiko hakisan gusi.2.Guna benang gigi atau dental floss
Kebanyakan orang menggunakan pencungkil gigi untuk mencuci celah gigi, sebenarnya itu cara yang salah..malah ianya boleh merosakkan gigi anda. Cara yang terbaik untuk mencuci celah gigi ialah dengan menggunakan dental floss.3.Ubat kumur
Ubat kumur hanya digunakan sebagai bantuan sahaja bukan komponen utama pembersihan gigi. Maksudnya, kita tidak boleh hanya berkumur sahaja tanpa memberus gigi kerana sisa makan yang melekat di gigi tidak akan tertanggal dengan hanya berkumur. Ubat kumur hanyaa untuk mengurangkan kuman dan bakteria dalam mulut anda.Itu beberapa cara agar anda dapat membersihkan gigi anda seoptimum mungkin. Jangan lupa untuk amalkan setiap hari sebab mulut dan gigi akan terdedah kepada masalah sebab disitulah kuman dan bakteria cepat membiak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

